Monday, February 2, 2009

keje skolah dulu2....

Nama : Hoenese Ruebesch Buda
Sekolah : SM Teknik Betong, Sarawak
Tingkatan : 5 Pengajian Kejuruteraan Awam 2
Subjek : Bahasa Melayu Penulisan
Latihan Karangan.
Guru : Cikgu Sarimah
Tarikh : 4 Mei 2003


Hari ini saya bangun lambat. Awal awal pagi lagi ibu mengejutkan saya untuk bangun pergi ke sekolah. Saya berasa agak malas sekali, tetapi setelah disebat dengan penyapu, saya terpaksa akur. Pagi ini saya makan telur setengah masak. Saya tidak sempat untuk menghabiskan minuman kerana saya kesuntukan masa.

Saya bergegas berlari menuju hentian bas. Setibanya disana, rakan saya, Antonio telah menunggu. Kami berdua bersama sama menghisap rokok. Antonio bertindak sebagai pengintip, jikalau ternampak sesiapa yang datang. Selang beberapa minit, rakan saya, Wan Saifullah, Marwan bin Hussaini, Chester Merayang dan Markingston Silang tiba di hentian bas. Kami sama sama menanti ketibaan bas yang tak kunjung tiba.

Akhirnya, bas tiba juga. Seperti biasa, kami mengambil tempat duduk paling belakang sekali. Penumpang agak ramai pada pagi itu. Perjalanan mengambil masa 15 minit untuk sampai ke sekolah. Rakan saya, Markingston, tidur dengan lenanya. Chester pula dengan khusyuk membaca nota Matematik Tambahan. Marwan dan Wan Saifullah agak diam, kerana semalam mereka berdua ditangkap Pengetua kerana tidak masuk ke kelas. Hari ini mereka bakal menerima hukuman dari pihak sekolah.

Tidak berapa lama kemudian, tiba tiba, tayar bas meletup. Pemandu gagal mengawal bas, lalu merempuh sebatang pokok di tepi jalan. Keadaan agak kelam kabut. Semua penumpang panik. Tidak semena mena, kelihatan kepulan asap menyelubungi bas. Semua penumpang berasak asak hendak keluar melalui pintu depan. Kami dengan bersahaja keluar melalui pintu kecemasan yang berada di belakang bas.

Setelah semua penumpang keluar, tiba tiba bas tersebut meletup. Namun, nasib agak baik kerana tiada penumpang yang tercedera. Wan Saifullah terus menelefon pihak yang berwajip, kerana dia sahaja yang mempunyai telefon bimbit pada mas itu. Antonio dan Marwan bersama sama menenangkan keadaan. Chester dan Markingston pula sibuk mencari air bagi mengawal kebakaran. Saya pula mengawal trafik bagi megelakkan kesesakan laulintas.

Sejurus kemudian, pihak polis, bomba, paramedik dan St. John tiba. Para penumpang diberi rawatan pesakit luar. Tiada penumpang yang mengalami kecederaan serius. Kejadian tersebut benar benar memberi kesan psikologi kepada kami. Namun kami tetap tabah menghadapinya.

Setelah memberi keterangan kepada pihak berkuasa, kami dibenarkan pulang. Namun, kami tidak terus pulang ke rumah. Kami terus bergegas pergi ke sekolah, kerana ingin menghantar kerja rumah yang diberikan Cikgu Sarimah.

1 comment:

  1. sesungguhnye...
    cite ko ni...
    1st 1st aq bace agak teruja jg la...
    part yg best ko kena sebat dgn penyapu...
    ganas gile mak ko...
    knape kah die tidak menggunakan...
    batang mop je...
    utk menyebat ko....
    kan itu lg best dan sedap..
    tp ending die yg bas meletop2...
    adoi la....
    over sgt la...
    dah...
    asemen aq xsiap lg ni... (*_*)

    ReplyDelete