Wednesday, November 24, 2010

Dingin Subuh Pagi....

Selamat siang...

Baru je balik menemani Aman dan Fendi (Najib menarik diri disaat akhir, sebab ngantuk tak boleh blah kot...) menghantar si pendek @ Wak ke Kelana Jaya. Beliau akan ke Bumi Kenyalang untuk menjalani pengambaran filem selama beberapa hari di sana....

Pukul 9 nanti ade klas 3P pulak. Gila tak gila, tido tak sampai 3 jam. Dalam perjalanan balik tadi sempat singgah 7E untuk membeli bekalan gula-gula sebagai bahan anti-mengantuk (sleepy-repellent substance) dalam kelas kelak.

Itu sahaja untuk hari ini.....banyak lagi aku nak tulis, tapi Aman da masuk bilik dah..Seram2 buah pulak tinggal sorang2 kat ruang tamu ni..Maklumlah, rumah ni macam2 ada...

Sekian....

Saturday, November 20, 2010

Menarik Hari Ini

Tv berwarna 21 Inci Sumbangan Singer

bapak lama aku tak update blog nih..sejak bergelar penonton tv sepenuh masa, memg takde masa nak memerah otak nak pikir apa yang nak di pos kat nih...dari pagi sampai petang hingga ke malam memang tak boleh berenggang dengan tv, tambahan pula dengan ada nya Sukan Antara Rakyat Asia nih...

biasa nya aku akan berceloteh dalam bahasa asing, tapi kali ni aku agak malas skit nak pikir..nampak sangat otak berharga nih dah tak bergerak...berkarat....segala ayat2 mahupun perkataan dalam bahasa Inggeris aku dah TERbuang habis-habisan masa menjawab kertas peperiksaan Sekuriti Informasi dan Perancangan Startegik Sistem Maklumat. ( mungkin akan diceritakan lebih lanjut di blog akan datang )

dah seminggu aku duk terperap kat rumah AGAM nih yang terapung di awang-awangan..pernah ada satu hari tu aku x jejak tanah @ bumi....sebab malas giler...keje aku duk baring dpan tv sambil baca buku yg muka surat nya tak pernah berganjak...name je Pantai Dalam, tapi celah mana pantai nya aku tak tau..sebab aku memang mengidam nak berehat kat tepi pantai nih..kemaruk ( bukan Kamarul )

memang agak bosan la...kalu kat rumah aku ( Sarawak ), jadual harian padat dengan aktiviti seperti lepak, lepak, main bola dan lepak lagi..UTA (untuk pengetahuan anda @ FYI), dalam masa seminggu ni, aku dah kurang merokok...ya...KURANG MEROKOK...sebab takde port!! bole aje nak isap rokok, tapi aku segan sebab pak cik aku bukan perokok..kadang2 aku curi2 keluar time tetengah malam semata2 nak merokok....tu pun isap kat tepi lif je...

cuti tinggal 2 hari saja lagi sebelum 3P isnin ni..oleh yang demikian, maka esok aku akan all out menonton tv..tambahan pula,esok pagi dijangkakan aku akan keseorangan sepanjnag hari sebab pak cik n mak cik aku akan menghadiri Istiadat Konvokesyen Yg Ke Berapa Entah Unisel. yg konvo tu sedara mak cik aku...

adoiyai..penat sial menaip nih...seram plak sorang2 kat ruang tamu nih..dengan keadaan gelap n hujan renyai2 di luar....ya..aku terpaksa menumpangkan bilik aku kepada tetamu (sedara yang nak konvo esok) dan aku terpaksa tidor di ruang tamu sambil mengadap tv (lagi...)

arghh...sampai disini sahaja kita bersiaran kali ini..aku dah seram sejuk ni..tegak bulu roma...kita berjumpa lagi di lain siaran...selamat malam................