Thursday, September 17, 2009

Kaizhaijie Kuaile...



Majlis berbuka puasa B14CT ( aku tak taw kod kelas baru.. ) yang dianjurkan oleh Kelab Mesin Gossip, dikepalai oleh Fendi dan Aman pada 15 September lepas. majlis ini diadakan di gerai "Uptown" Puncak Perdana, atau lebih dikenali sebagai.....kandang...(T_T). Masing - masing tengah tak berapa nak sabar sangat nak tunggu waktu berbuka. Aiin nak peace pun tak larat dah...



Dan sepak mula baru saja dimulakan. Nurul dengan lahapnya menelan nasi tanpa mengunyah. Tumpuan Habiel agak terganggu seketika apabila matanya silau akibat pancaran ultra ungu dari kamera.Pengadil perlawan kita hari itu dengan tenang mengawal permainan.



Dua si rakus tengah menunjukan kehebatan masing - masing. Aman dengan skil makan-tanpa-pandang-kamera dan Najib dengan skil kumpul-lauk-dalam-mulut.



Dua pertahanan yang kental (kiri kanan) pihak lawan telah mengawal ketat Ijan dengan harapan tidak menghabiskan lauk mereka.



Masa permainan telah tamat. masing - masing kelihatan letih terutamanya yang kat belakang tu..tu..tu...ha..ye..ye..awak mardhiyah....




Kat sini juga sama...Fendi agak kempunan sedikit pada malam itu apabila beliau kerugian 3 pinggan udang tepong gara - gara alergik seafood, walaupun beliau duduk di tepi laut.




Akhir sekali, bagi piak sidang redaksi Majalah Kelab mesin Gossip, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan - rakan. Hati - hati ketika di jalan raya dan sila jangan hon awek kat tepi - tepi jalan ( Aman ). Beringat - ingatlah ketika makan, kerana makan yang banyak agak memudaratkan...peace...

No comments:

Post a Comment